Penghantar makanan p-Hailing di Sandakan berpendapat, tiada keperluan mengeluarkan lesen khas untuk mereka kerana lesen motosikal sedia ada iaitu B2 sudah memadai.<br /><br />Tinjauan Awani BORNEO mendapati, rata-rata mereka bukan penghantar barangan berat yang melebihi 500 kilogram.<br /><br />Sebaliknya, para penghantar makanan di daerah itu mahu kerajaan memberi tumpuan bagaimana membantu mereka dari segi upah selain kebajikan, insuran dan lain-lain.
